Monday, May 20, 2013

Sanggul Bunian



Sanggul bunian atau juga dikenali sebagai bertat rambut oleh orang Kelantan.  Koleksi diatas hanyalah untuk dipertontonkan sahaja sambil berkongsi dengan peminat-peminat koleksai mistik tentang kebesaran Allah. Koleksi ini bila sampai saiz besar di atas ia akan mengeluarkan anak, bergantung kepada cara penjagaan. Ada bermacam-macam warna dari warna emas, putih ,hitam, hijau, merah, biru, cindai dan sebagainya. Kebiasaannya yang dijual hanyalah yang saiz sebesar mancis sahaja, kalau berminat boleh runding. Khasiatnya ialah untuk pelaris perniagaan dan pengasih, rambut-rambut gugur juga boleh dimasukkan ke dalam minyak untuk dibuat pakaian. Renungkan kebesaraan Allah, semakin kita kaji semakin banyak yang kita tidak tahu.

Saturday, October 29, 2011

Belalang dewa

Spesis belalang bukit yang muncul sekali setahun sahaja. Khasiat umum ialah untuk sakit urat, lelah, dan batu karang. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, July 6, 2011

Khasiat tulang ikan duyung
Dalam post sebelum ini saya telah paparkan khasiat berkenaan ikan duyung secara am dan hanya diberikan senarai khusus kepada pembeli sahaja. Di antara khasiat yang saya sendiri telah mencubanya ke atas anak saya ialah berkenaan kelebihannya untuk mengubati gatal/resdung mata. Tulang ikan duyung ini diasah bersama dengan beras, jadi saya asah menggunakan kikir besi yang dipastikan bersih drp karat.  Setelah hening air asahan bahan tadi dititiskan ke dalam mata.  Ianya diulang tiga kali sehari dan sehingga hari nampaknya belum gatal-gatal lagi.
Mana-mana pelanggan tetap saya yang mengalami masalah tersebut bolehlah dapatkannya daripada saya secara percuma, cuma kos pos kena tanggung lah.

Khasiat minyak urut ikan duyung

  1. menghilangkan bias-bisa sengatan- sapu
  2. lemah anggota badan- sapu(jangan tarik)
  3. bisul yang tengah tumbuh-sapu
  4. sakit gigi- sapu pada gigi yang sakit
  5. kena sapukan- sapu pada bibir
  6. lekat uri- titis dlm air bagi minum

Thursday, February 17, 2011

Khasiat ikan duyung

Khasiat ikan duyung

Tulang ikan duyung ini saya perolehi daripada baba di Pattani, Siam dan stok tidak banyak. Beliau juga memberi sekeping nota tentang khasiat ikan duyung dalam tulisan jawi lama. Nota berikut saya terjemahkan sebagaimana di bawah.

Menurut cerita orang-orang dulu pada ikan duyung terdapat anggota semacam manusia seperti gigi , dua susu, dua tangan dan kemaluan tetapi ikan duyung bukan manusia. Ikan duyung merupakan raja ikan dan raja ubat penawar, pengasih dan pelaris yang mustajab. Khasiatnya sebagaimana berikut:

(dikeluarkan dari post atas cadangan dan nasihat peminat setia. Senarai khasiat hanya akan diberi kepada mereka yang menebusnya sahaja untuk menggelakkan salah guna. harap maaf)

Monday, March 22, 2010

Teras gemunggal untuk pemagar rumah

Teras gemunggal untuk pemagar rumah bermasalah dan keselamatan dari gangguan selalu digunakan oleh orang-0rang lama.
Bagaimanakah caranya?.
Ambil empat ketulan kecil teras gemunggal dan setiap ketul teras tadi dibacakan 41 kali ayat Kursi. Ketulan teras gemunggal yang sudah dibuat pengisian tadi di letakkan di setiap penjuru rumah. Insyallah.

Kepada pelanggan tetap saya yang berhajat, ketulan ini akan dihadiahkan secara percuma. Hanya RM10 untuk kos pengeposan, selagi stok masih ada.

Saturday, December 26, 2009


Keperluan Setiap Keluarga.
Batu wali dan batu gemunggal mempunyai khasiat yang cukup besar yang patut dimiliki oleh setiap keluarga. Tujuan saya hanya untuk berkongsi sahaja, bukan ada tujuan lain. Sebagaimana kita menyediakan first aid di rumah begitulah juga keperluan bagi batu ni. Saya fokus kepada khasiat menyedut bisa, penawar racun dan deman panas bagi batu ni.

Batu gemunggal dapat menyedut bisa sengatan seperti lipan, jengking kala, ular dan lain-lain lagi. Caranya mudah sahaja dengan lembabkan sedikit permukaan batu dan letakan pada tempat yang kena sengat, ia akan jatuh sendiri bila bisa habis disedut. Perkara ni berlaku sendiri dalam keluarga saya.

Jika kita deman biasanya panadol menjadi ingatan, jangan lupa kesan sampingan ubatan moden. Batu mempunyai elemen penyejuk yang cukup baik bagi diri kita(asal kita dari tanah). Batu wali, batu gemunggal, batu seribu khasiat, buntat siput merupakan batu penawar. Rendam saja batu-batu khasiat(jangan batu jalan) yang ada dalam masa setengah jam,baca bismillah dan selawat terus minum atau buat lap badan.

Dua perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana keluarga, kalau tak hari ni pun mungkin besok atau lusa. Pastikan first aid asli ini juga ada pada keluarga kita.

Kepada yang tidak berkemampuam saya boleh bagi hadiah seketul batu wali cuma bayar RM10 untuk kos potong batu dan pos sahaja.

Monday, November 30, 2009

Khasiat teras gemunggal(tambahan)

* Baik untuk menyembuhkan penyakit batu karang. Caranya dgn merendam teras gemunggal dalam air suam dan diminum pada sebelah malam. insyallah

Sila klik : Khasiat teras gemunggal


khasiat tambahan yang dipaparkan berdasarkan pengalaman pengguna.