Tuesday, August 11, 2009

Teras kemuning hitam

Teras kemuning hitam
Kemuning hitam merupakan pokok yang terkenal dengan khasiatnya dan biasa terdapat di kawasan bukit berbatu. Terasnya digunakan untuk penawar dan juga sebagai kayu dalam membuat sarung dan ulu senjata melayu. Boleh juga dibuat permata cincin.
Kemuning hitam yang berteras agak sukar dijumpai terutamanyapada masa sekarang. Bukit-bukit yang belum diterokai saja lagi mungkin masih terdapat teras kemuning hitam. Bagi mendapat teras tersebut kami terpaksa berjalan 4-5 jam ke tengah hutan. Gambar berikut merupakan teras kemuning hitam yang dijumpai di sebuah bukit di Gua Musang, Kelantan.

1 comment:

kayu bertuah DAUS said...

slam tuan,,apakah khasiat teras kemuning mas??adakah ianya sma dgn kemuning hitam??ramai yg bertnya psl teras ni,,tapi xda jwp yg pasti...